16 December 2008

Day 123 : Love

Confession- done :)

**

Something to share from my brother's blog..i know it'll be a plagiarize..but..i think this article deserve to be shared

Something about love



“Engkau akan bersama orang yang anda cintai…”(hadis)

Begitu sabda Rasulullah kepada salah seorang dari sahabatnya yang menyatakan rasa cinta terhadap baginda. Di hari akhirat nanti, kita akan bersama dengan orang yang kita cintai.

Sebagai muslim, kita dituntut untuk mencintai Allah dan Rasulnya melebihi segala-galanya bahkan melebihi cinta terhadap diri kita sendiri kerana cinta yang tertinggi itu akan menyelamatkan kita dihari akhirat kelak.

Kita mungkin boleh menyatakan bahawa Allah dan rasul adalah yang paling kita cintai, namun apakah tergambar cinta itu dalam perjalanan kehidupan kita?

Bagaimana perasaan sepasang kekasih yang sedang saling bercinta? Hati masing-masing sering rindu untuk berjumpa, hatinya sentiasa tidak pernah lekang terhadap ingatan kepada kekasihnya, jika ada peluang untuk berjumpa maka akan dikenakan pakaian terbaik dan wangian terbaik dan tidak sabar-sabar menanti waktu untuk berjumpa.

Bagaimana pula perasaan cinta seorang ibu terhadap anaknya, sanggup digadaikan hatta nyawa sekalipun demi untuk keselamatan anaknya.

Cinta kita terhadap harta pula akan membawa kita bersungguh-sungguh untuk mencari dan menjaganya, katakan cinta kita pada kereta baru kesayangan kita, akan kita servis bila sampai masanya, tidak akan kita biarkan walau segaris calar dan sentiasa akan kita basuh dan lap agar sentiasa kelihatan berkilat.

Cinta terhadap artis pula akan membawa peminat-peminatnya untuk mengikuti segala perkembangan diri artis yang dicintai, makanan dan minuman kegemarannya, fesyen rambut bahkan hingga cara bercakap dan cara berjalan mungkin.

Cinta terhadap Allah dan rasulnya apa buktinya? Cintakah seseorang itu apabila solat pun diakhir-akhir waktu dan langsung tidak hadir khusyuk, zikir dan doa pun tidak pernah difahami apa maksudnya, Quran pun jika dibaca tidak pernah cuba untuk menghayatinya, zakat pun hanya zakat fitrah sahaja yang dibayar, sunnah Rasulullah pun tidak kita berusaha untuk diikuti, ajaran agama hanya diambil setakat mana yang menguntungkan sahaja.

Kita akan bersama dengan orang yang kita cintai diakhirat nanti, siapakah yang kita pilih untuk kita letakkan cinta kita yang tertinggi dan kita buktikan melalui amal perbuatan kita? Artiskah yang boleh menyelamatkan kita, teman kitakah yang boleh menyelamatkan kita, atau keluarga ataupun harta kita, jika Allah dan rasulnya menjadi pilihan cinta kita didunia, kita akan selamat pada hari itu, pada hari yang tidak berguna harta, keluarga dan teman-teman kita ketika didunia, melainkan sekeping hati yang cinta pada Allah dan rasulnya.

**

Something to ponder for the rest of the week..have a good week mates!!


Notakaki: Time to focus :)

7 comments:

Sarah Mohd Shukor said...

Di akhirat nanti, saya berdoa di tempatkan bersama para rasul, para mukminin, keluarga saya, suami saya, anak-anak saya. Kerana mereka semua adalah yang saya cintai.

Saya cinta Kak Inah. Kak Inah cinta saya. Kita saling mencintai.. kerana Allah. Kalau tak sempat jumpa dah di dunia ni, kita jumpa di sana nanti ye Kak Inah?

=)

Super Nia Hana said...

wahhh...
watashi pun teruja dapat baca info camne

tq for sharing
heharap cinta watashi pd allah makin menebal so that leh permudahkan dugaan watashi skang neh
amin..

wah..tetiba terover di blog org
ahakssss

Shah CJ said...

moga inah dicintai dn mencintai. serta bersama yg tercinta. :)

Unknown said...

Time to focus inah, berusahalah!!!! :-D

Inah said...

sarah : yeap..aishiteru sarah!! :)

amin!! thanks sarah for ur wise words :)


watashi : if u have problem..the best thing is to share..maybe in blog or with someone you trust..

harap watashi sentiasa ceria :)


cikgu: yeap..saya pun harap begitu juga ;)


mr ahfa : baik!! berusahalah bersama :D

@xiM said...

thanks Inah atas peringatan ini..

Inah said...

axim : sama2 :)