4 January 2009

Day 142 : Cantik

Salam untuk semua :)


Baru usai menonton wayang Shallow Hal - sebuah wayang yang menceritakan bagaimana seseorang menilai kecantikan. Cantik itu subjektif namun kebanyakan kita terutamanya lelaki Melayu menganggap cantik adalah keperluan utama ketika memilih calon isteri. Bakal calon isteri perlu putih, kurus, flawless..isu kepandaian, keturunan dan agama jatuh ke peringkat seterusnya.

Bukan berniat cemburu, jauh sekali iri hati, cuma memikirkan senario yang biasa berlaku. Perempuan dipilih berdasarkan cantiknya rupa paras dan bukan cantik hatinya. Perempuan dipilih berdasarkan putih kulitnya bukan putih dan suci hatinya. Perempuan dipilih berdasarkan kurus badannya bukan berisi ilmunya.

Senario di sini dan di Malaysia, ramai wanita yang berkelayakan dan menyambung pelajaran di peringkat tertinggi masih bujang dan tidak dapat membina keluarga. Jika difikirkan dari segi saintifik, kepandaian merupakan salah satu ciri yang diwarisi secara genetik selain usaha seseorang. Jika golongan ini tidak lagi menjadi pilihan untuk berkahwin, bahan kod genetik ini tidak dapat diwarisi, dan apa akan jadi pada generasi kita?

Senario A : Seorang doktor wanita ditolak oleh seorang lelaki hanya kerana dia berbadan gempal

Senario B : Seorang wanita lain yang pelajaran tahap SPM diterima kerana dia cantik dan seksi

Trust me on this, tak semua wanita yang cantik itu cantik hatinya. I'm glad diberikan fizikal sebegini, khuatir bila terlalu cantik, akan digunakan kelebihan itu untuk manipulasi orang lain, menagih simpati dan sebagainya.

Kita melihat kecantikan itu seperti yang telah diprogramkan sejak dari kita kecil. Media menggunakan wanita cantik untuk menjadi model iklan, filem menggunakan wanita cantik sebagai wahana untuk menarik penonton. Tidak dinafikan perkara itu penting. Lumrah manusia sukakan benda yang cantik, namun apakah yang dikatakan cantik itu sebenarnya?


Just my two cents.


Apa definisi kamu untuk wanita yang cantik??. Bincangkan. (macam soalan exam pulek :P)


I know ramai akan merasakan saya menulis entry ini berdasarkan pengalaman. Mungkin betul, biasanya orang yang pernah berada dalam situasi berkenaan akan menulis sesuatu dari hati dan bukan sesuatu yang plastik untuk mengaburi mata orang lain. Dan percayalah, saya menulis dari hati :)

Peace!!

Mengakhiri entry dengan sebahagian lirik lagu Chantek :)

dia..
pandai menjaga hati ayah dan ibunya
kelakuannya sama dengan orang tuaku juga
dia..
bisa cipta yg gula dari yang cuka
pandai menukar yg duka kepada suka
dia..
bijak mengatur acara dan juga masa
cekap memasak garam gula secukup rasa
dia..
pandai menjaga harta dan juga duitnya
tetap anggun tanpa mendedahkan kulitnya
dia..
setia pada Yang Esa satu-satunya
memenuhi tanggungjawab 5 waktunya
dia..
punya tempat dalam rancangan yg ku rangka
tak usah lengah
ayuh kita berumah tangga


Peace yo!!



Notakaki : Komuniti sebegini yang menjadikan orang yang tidak cantik berasa rendah diri..come one, wake up and use ur brain.


23 comments:

vidadarisakura said...

betul.betul.betul!

Inah said...

:)

a.b geldofg said...

jgn ckp mcm tu...jodoh dtangan tuhan :)

MOLY said...

mendalam .....
penuh mendalam ...
penuh maksud tersirat ...
dan maksud yang tersurat ....

inah ..
kalau tak cantik tak per ..
janji comey !!

:D

Sarah Mohd Shukor said...

Hah. You rock Kak Inah! Apa Kak Inah cakap pasal pandai vs cantik tu sangat betul. Men nowadays tend to acknowledge beauty more than the brain quality. Saya teringat Ustazah Bahiyah punya ceramah yang saya penah dengar. Katanya, sepatutnya lelaki kena fikir tentang bagaimana anak2 yang akan lahir di kemudian hari. Kalau nak yang bijak pandai, cari la acuan yang macam tu jugak. Jangan pulak asyik fikir nak yang cantik aje.

Hehe. Sound like I'm emo, am I not?

Hoho~ End of this month saya nak tengok la cerita ni =)

IamYonna said...

yonna pernah duduk serumah dengan pompuan2 yang hot,cantek,sexy,semua la ada.

luaran mmg tip top,
tp sebaliknya,they smoking,clubbing,pemalas, tak reti buat keje umah..
pompuan mcm tu la yang jadi rebutan lelaki.
lepas da kawen baru nampak perangai betoi.

kakak,
takpe kita x cantek.
kita comel :)
kita ada hati.
kita baik hehe :D

wanita cantek apabila hatinya bersih..
wanita lawa apabila keperibadian mereka mulia..

laki cikgu kimia said...

pertama cantik. kedua pandai. itu tipikal. tidak boleh lari. *survey dari kawan2

Inah said...

ab : jodoh mmg di tangan Tuhan :)


Lily: u know i know :)


Sarah : u're not emo and that is the fact :) acuan generasi akan datang bergantung pada kita..seandainya cantik dan seksi menjadi tanda ukur, maka generasi kita akan menjadi seprti itu juga :)

komuniti kita telah banyak berubah..bila mana mereka yang cantik diagungkan, bila mana mereka yang seksi dipuja..itulah petanda akhir zaman :)

Islam kembali dagang..dagang di bumi Malaysia yang dikenali sebagai negara Islam :)

akak pun emo barangkali..mungkin :)

Inah said...

suka ayat yonna yang ni

wanita cantek apabila hatinya bersih..
wanita lawa apabila keperibadian mereka mulia..

:)

sama2 kita memperbaiki diri ye yonna :)..harap ada yang akan menyukai kita untuk perkara itu dan bukan superficial sahaja :)


chi am: i know..lelaki mmg begitu :)

Faisal Admar said...

bagi pemilihan isteri tu rasanya general kot. its not necessary for lelaki melayu but also for other races. even english, american pun macam tu. french lagi la teruk. sampai kan ada yang sanggup simpan perempuan sebab lawa and body solid molid :P

tapi tak semua memilih perempuan berdasarkan physical attraction saja. kadang-kadang kita akan berasa pelik bila melihat si handsome dengan si montel. si lawa berdampingan dengan si hitam legam. sesetengah orang cakap balancing of nature. sejauh mana kebenaran? wallahualam. tapi yang pasti semuanya terletak pada jodoh :) lets have a lil faith at least.

hmm sekarang ni kalau nak kata perempuan cantik saja dipilih maybe untuk dato'-dato' saja kot. most of beauties sekarang ni seeking for money. no money no talk. jadi yang handsome selalunya dappat yang average saja. and no idea pula kenapa sekarang ni ramai yang into teacher. even my friends semua berebut cari teacher. maybe boleh didik anak-anak dia kot. maybe.

alamak. entry ni macam marah je bila baca notakaki :)

Inah said...

hohoho faisal..ni kalah entry gue :P

well, everyone have their own point and opinion :)

as for me, Malay men are too physical..ntahla :)

sepul said...

jodoh pertemuan di tangan tuhan. don't put all the blame to man

Inah said...

i didnt put all the blame..just my two cents

:)

peace!!

maliksutanmuda said...

salam pembuka bicara...

definisi cantik tu ada pada diri sendiri...macam mana dia menilai dirinya cantik...secara lahiriah, kita semua dilahirkan cantik...

be cool macam biasa, kalu org tegur, kita terima, kita cuba baiki sebab manusia tak semua sempurna...tp biarlah berpada dan SEDERHANA (WASADTIAH)...ok...

apapun selamat menyambut tahun baru Hijrah 1430 dan 2009 masihi...

salam. dari awieworld

Inah said...

:)

semua org ada pendapat berbeza bagi menilai kecantikan :)..pernah tengok shallow hal? jika belum, saya sarankan anda berbuat demikian :)

a good story for those who always seek for pretty ass ladies :)

@xiM said...

If you love someone bcoz you think that he/she is really gorgeous..
then it's not love... it's "Infatuation"

If you love someone bcoz you think that you shouldn't leave him bcoz others think that you shouldn't...
then it's not love... it's "Compromise"

If you love someone bcoz you think that you cannot live without his touch...
then it's not love... it's "Lust"

If you love someone bcoz you have been kissed by him...
then it's not love... it's "Inferiority Complex"

If you love someone bcoz you cannot leave him thinking that it would hurt his feelings...
then it's not love... it's "Charity"

If you love someone because you share everything with him...
then it's not love... it's "Friendship"

But...

If you feel the pain of the other person more than him even when he is stable and you cry for him...
that's "LOVE"

If you get attracted to other people but stay with him without any regrets...
that's "LOVE"

If you let him go knowing that he has to go but he doesn't want to...
that's "LOVE"

Anonymous said...

jantan memang..pantang nampak perempuan cantik..ish..:)

Ziana said...

cop cop Inah..
jap ek..
xcuse me jap..

ehem axim!!
nice komen..nGee!!!
uhukss!! tesedak!!
:P


ok Inah...
back to u..
:)

camne nk komen ek?
ermmm mcm yg kite ckp smalam lah..
ok? :)

watever it is!!
u tetap cantik and
u tetap comel!!

:)

XOXO

mummysyafie said...

salam kenal inah..

baca n3 ni teringat kisah dulu²..akak pernah disituasi macam ni.

tapi Allah Maha Adil Inah..Dia akan bagi kiter setimpal apa yang kiter lalui..

yang penting..kiter redha dengan kejadianNya. sebab setiap satu yang kurang, pasti ada satu kelebihan tersendiri.

Super Nia Hana said...

lirik lagu cantik tu dah terangkan segalanyaaaaaa

watashi sgt setuju

Inah said...

axim : ayyaks..komen panjang ok :P..heheheh..bercakap berdasarkan pengalaman ke? :P lariksss :)


ziana: me comel ek..hehehehe..comel sambil leh cubit2 pipi :)


mummysyafie: hehehe..baik !!:)..setiap kekurangan yang ada pasti akan ada hikmahnya kan :)


watashi: setuju ek..hehehe..kalo x setuju pun x pe :)

Faisal Admar said...

hehe then i'd called them typical :)

Inah said...

yeah..typical men :P