18 November 2008

Day 95 : Keaiban


Hari ini..ingin sekali menulis entri dalam bahasa Melayu..dan bukan entry rojak seperti selalu :)..

Terpengaruh dengan Sarah agaknya :)


Perihal keaiban..


Sukakah kita keaiban kita menjadi tatapan umum. Seaib mana sekalipun dosa seseorang itu, masyarakat tidak seharusnya menjadikan keaiban yang menimpa seseorang sebagai tatapan umum.


Petikan hadis riwayat muslim berikut dari artikel Dr. Maza diletakkan disini sebagai pedoman dalam menangani masalah mendedahkan dosa dan kesalahan :


Seorang lelaki datang kepada Nabi saw dan berkata: “Wahai Rasulullah, aku mengubati seorang wanita di hujung bandar. Aku telah melakukan kepadanya (seks), cuma aku tidak menyetubuhinya. Inilah aku, maka hukumlah aku apa yang engkau mahu. Lalu ‘Umar (Ibn Khattab) berkata kepadanya: “Allah telah tutupi keaibanmu jika engkau menutupi dirimu”. Nabi saw tidak berkata apa-apa. Lalu lelaki itu bangun dan pergi. Nabi saw menyuruh seorang lelaki memanggilnya dan membaca kepadanya firman Allah (maksudnya) “Dan dirikanlah sembahyang pada dua bahagian siang (pagi dan petang), dan pada waktu-waktu yang berhampiran dengannya dari malam. Sesungguhnya kebaikan itu menghapuskan kejahatan.


Moga Allah mengampunkan dosa kita semua dan menyembunyikan aib kita di hari akhirat kelak.


:)

Salam dr bumi Adelaide


Notakaki : Jangan diingat jiwaku kosong..diam tidak bererti bodoh :)

11 comments:

Shah CJ said...

bagus tazkirah ni inah. dlm tak sedar kdg2 kita serlahkan aib diri sendiri dn org lain. huhu

Ms B said...

*smiles* I like this entry dear.

Hmm, I wonder if it's meant for anyone in particular or just for general knowledge. *winks*

ps: My creative juice is drying up. *rolling eys* must do some research to update.

Inah said...

yeap..kita kadang2 duk cerita psl aib org lain..sepatutnya kite cuba untuk menutup nya :)

ms b: i meant something..:)..well, somethings are better to be left unsaid :)

hehehe..i missed ur update ms b!!

Unknown said...

yerp, dalam sengaja atau tidak sengaja..

tapi manusia memang suka mengaibkan orang yang lain. macam mana pulak kalau dia diaibkan pulak?

sedih aku ingat pasal aib mengaib ni.

MZ said...

ermmm cak! :D
*x banjer pun pak cik makan kat william! majuk aaaaa*

Sarah Mohd Shukor said...

salam kak inah.

ha. hari ni sy tinggal jejak. alahai kak inah. just write the way u always do =) ok aje what. hehe. tetap ada pengunjung setia ni jgk ha.

hadis ni byk faedahnya klu semua faham n aplikasinya jgk ada dewasa ni. tp... hmm. oh. take care of urself. walaupun sana nk summer, jgn la berbaskin robin ajo hari2. bahaya tu ;)

Najib Ariyan Ali Basha said...

Inah... kepada siapakah entry keras ini.. hal hal syurga neraka ini tau!!!

Inah said...

heheh..dosh..itulah manusia..aib sendiri x nampak..hanya suka menggembar gemburkan aib org lain :)

entri ini untuk mengingatkan diri sendiri jugak :)

pokcik mz: cakkks!! alaa..saya blk x lama ari tu :)


sarah dearie: hehehehe..kat sini mana ade baskin robbin dek non!! tu masa kat Malaysia :)..hari ni cuma teringin nak buat entri berbahasa Melayu :)


Abg Bear: entri ini untuk mengingatkan kite sesama..boring jugak asyik entry santai je kan :)

ingat mengingati sesama kita..itu tgjawab utama kita sebagai khalifah :)

aShaBuLz said...

huhuhuhu...ingat mengingati sesama manusia...baguih2!!! hohohoho~~

@xiM said...

TERIMA KASIH ATAS PERINGATAN INI kak lang..

NN said...

Terima kasih karena saling mengingati..