30 December 2008

Day 137 : 2008 ; The past


Salam untuk semua

Menginjak ke tahun 2009, pasti ramai yang bertanya pada diri akan pencapaian pada tahun 2008. As for myself, 2008 resolution hampir tercapai kecuali getting married..well, x de jodoh rasanya. Berjaya menamatkan pengajian Masters di UKM setelah hampir 4 tahun bergelumang dengan dunia penyelidikan, dunia yang penuh dengan pelbagai pancaroba, ups and downs. Berjaya bergelar PhD candidate di salah sebuah universiti elit di Australia dan bekerja dengan salah seorang penyelidik terulung di dunia..perasaan?? gembira seharusnya and obviously no turning back!!

Dalam komuniti blog, aku mengenali beberapa blogger yang terkenal dan akhirnya menjadi teman dan sahabat yang baik. Perkenalan bermula dengan Aley dan diikuti dengan Abang Shah dan Abg Bear. Ziana menyusul sebagai salah seorang blogger yang ditemui dan pertemuan seterusnya di William menjadi titik tolak kemesraan kami. Lily, EA, Nikli, Axim dan Zoul dikenali melalui pertemuan di William dan kami menjadi kawan merangkap famili YKWYA. Percutian di JB dan Singapore menjadi kenangan percutian paling menarik untuk tahun 2008. Di sini juga kami bertemu dengan Nan, seorang rakan blogger dari Singapore. Pertemuan seterusnya dengan MNN di William memang mengejutkan dan akan diingati. Kami (me, Ziana n MNN) kerap keluar menonton wayang bersama dan setiap kali menonton, pasti akan ada insiden yang berlaku. Ingat lagi pada wayang Dark Knight..tempat duduk depan sekali, bagaimana aku memecahkan gelas di Dome..tersengih keseorangan bila teringat kisah lalu.

Seterusnya, pertemuan dengan Budlee, Sarah, Josh, Kak Ita, Dr. Syuks, Sue Samsuddin, Mrs Sheikh, Awie dan Sue turut meninggalkan pelbagai kenangan manis. Pengalaman membawa Nissan X-Trail Josh, aktiviti makan2 di Riverview, KLCC, Pavillion, WILLIAM..semuanya..terima kasih kawan2 untuk kenangan itu.


Seterusnya, di sini..aku bertemu pula dengan blogger di Adelaide..mean, zatie, tym dan am. Masing2 mempunyai mission tersendiri and I respect each and every one of them. Silent reader? huhu..rasanya lagi ramai dari penulis blog. Silent reader di Adelaide ini pun ramai :)


Tahun 2008 akan diingati sebagai tahun pencapaian terbaik aku dalam bidang akademik dan kerjaya. Tahun yang memberi aku kawan2 blog yang cool dan hebat dalam bidang mereka. Tahun berpisah dengan orang tersayang dan tahun aku mula mengenali diri.


Tahun 2009 yang bakal tiba selang dua hari lagi pasti akan mencatatkan seribu satu perkara yang bakal diingati.


Feels weird when I tried to write in BM. Perhaps, I'd rather keep it my style..BM and BI.

Till later folks!!


Notakaki: 2008 turut mencatatkan pelbagai kenangan pahit especially dalam komuniti blog ini. Well, everybody learnt from their lesson. Some people are just too cocky and arrogant. Hidup umpama tayar basikal, adakala kita di atas, adakala kita di bawah dan adakala tayar itu kempis :).


19 comments:

sepul said...

wahhhh rameinye dia jumpak

MOLY said...

yang baik itu kita jadikan amalan
yang buruk itu kita jadikan tauladan

semoga tahun baru 2009 yang bakal menjelma tak lama lagi akan memberi seribu makna dan pengertian buat inah

p/s: kalau saya .. saya nak kempis skit ... boleh pakai baju cantik cantik .. hehehe :P

a.b geldofg said...

universiti elit tu kt mana ye?.....aku mnunggu ptemua kita hehehe;)

Inah said...

huhuh..en sepul..hang pun mau jumpe aku kan kan kan..sbb nak brownies...hahaha :P


cik lily!! ayyakss..mau kempis skit kah..you can do it!! :D..2008 penuh ngan sweet memories!! :)

ab: ko menunggu??hahaha..mcm lama lagi je :P

a.b geldofg said...

aku tuggu nak mkn free je hehehehe

Inah said...

ko mmg la ab..hehehee..baik aku post money order jek..x yah jumpe.. :P

Super Nia Hana said...

ekekekek
kadang2 kempis tu wat watashi tersenyum je
baru je setuju semua kan

angguk angguk..
sekali tang kempis tergelak sensorang \ahaksss

Mrs.Sheikh said...

ehhh...inah...nama kite pun ade ekk.sape lupa tmapat makan pavilion tu kann....:D pertemuan tanpa dirancang..

a.b geldofg said...

nak os?...boleh je....pas pakai pypal ye hehehehehe

laki cikgu kimia said...

mane brownies nye mane? *bawak pinggan macam iklan hei nasik goreng

Ziana said...

:)

hehehehe
baca entry nih pon buat me sengeh!!
kenangan Pav
:)

i think MNN also xkan lupe kejadian tuh
hehehehe..

x penah lg jd seumur idop!
u r d'1st one in mylife
:P

huh?? hw i missed our outing!

Inah said...

watashi: mari kite kempis sesama :D

husna: rasanya kat food repubic kot..yg ade cendol durian tu kan..hehehe :)


ab : x jadi la os..hang kan nak masak ikan stim lemon :D

Inah said...

chi am : ayyaks..x sempat nak bg tadi..huhu..esok esok gerenti ado :D


ziana: sengih sorg2 ek..hehehe..me too!! :)

bab pavillion tu mmg x leh lupa la..hohoho..mmg bad day sungguh :P
dark knight seat depan, pecahkan gelas kat dome, kereta kena clamp..hahahaha :P

Anonymous said...

selamat tahun baru..semoga lebih berjaya lagi

Ms B said...

inah,

dont they have slim tyres? *lol*

just got back yesterday. exhausted.

Inah said...

mekasih bro :)


ms B : have a good rest then ms B :)

Sarah Mohd Shukor said...

Dan saya juga sangat bertuah sebab dapat kenal, menjadi rapat dan akhirnya bertemu dengan Kak Inah =)

*Saya suka nota kaki tu. Perfect!

Inah said...

:) suka jugak bila bertemu ngan sarah :)

we'll meet again one day my dear :)

@xiM said...

kalau pa kata hidup umpama tayar treller pun boleh jugak kan??haha

hmmm 2008 memang membawa seribu satu makna buat kita semua..syukur kita di pertemukan..:)

semoga ukhuwah kita semua akan lebih hebat dan bertambah erat..Insya Allah..