29 March 2009

Day 224 : Tazkirah ringkas


Hello readers!!

Hari Ahad ni sure semua berehat dan bersantai di rumah..itu sepatutnya kan :)..but not for me..sigh :|

Anyway, hati terpanggil untuk berkongsi pengalaman menjadi seorang muslim di perantauan ini. Banyak soalan yang perlu dijawab, banyak perkara yang perlu dijelaskan. Perihal soalan..masih boleh diterima. Pernah beberapa kali dikacau oleh kumpulan orang putih..ada yang mabuk, ada yang tidak.

Situasi 1

Ketika menunggu bas, ada lelaki yang menjerit dari dalam kereta mengatakan F*** Muslim and Go to Hell. Seriau rasanya ketika itu.

Situasi 2

Ketika beratur membeli ayam di Central Market, ada makcik yang tiba-tiba datang di sebelah dan memanggil aku Bitch. Adooii..sabar je lah

Situasi 3

Ketika melintas jalan, ade seorang aboriginal lelaki yang meludah dan memandang tajam pada aku. Sigh..perkara ini tidak pernah diceritakan kepada sesiapa pun..termasuk orang di Adelaide.

Situasi 4

Ketika menaiki bas..aku ditenung tajam oleh semua penumpang bas yang merupakan orang putih..macam tak pernah tengok orang pula..

Situasi 5

Bersoal jawab dengan seorang pakcik ketika menunggu bas berkenaan Islam dan Kristian. Nasib baik, ilmu ketika menjadi naqibah masih ada walaupun hati dirasakan sedikit hitam akibat salah sendiri.



**

Pengalaman di bumi asing menjadikan aku semakin kuat kerana aku tahu menjadi seorang muslim di sini membolehkan aku mengenal diri, matlamat hidup dan apa yang aku ingin capai sebagai seorang khalifah. Apa yang ingin dipesan, apa pun yang anda buat..melancong, makan bersama kawan2, belajar dan membuat assignment..solat jangan sesekali ditinggalkan. Solat itu tiang agama. Bila tiang rumah runtuh, rosaklah rumah berkenaan. Jangan tunggu bila sudah memasuki umur 40 tahun untuk bertaubat dengan harapan umur masih panjang. Ajal maut di tangan Tuhan. Jika ditakdirkan kita mati sekarang..biarlah kita mati dalam keadaan husnul khatimah. Itu yang sebaiknya.

Entry ini mungkin berbaur serius, namun niat di hati hanya untuk berkongsi. Bukan mudah untuk hidup di sini. Jangan bersangka semua yang indah2 belaka.


***

Nota I : Entry ini adalah peringatan untuk diri sendiri juga

Nota II : Tiada istilah aku masih muda..mati itu pasti, bila dan di mana..Tuhan saje yang mengetahuinya.

Nota III : Bekerjalah bagaikan akan hidup selamanya, beribadatlah bagaikan anda akan
mati keesokan harinya.

Nota IV : Jika sesiapa mahu pergi umrah, tolong doakan aku dapat menjejakkan kaki ke sana juga satu hari nanti :)


7 comments:

mr. hafis said...

fuh.
takutnya.
hujan emas betul negeri orang.

Jumper said...

Tazkirah ringkas yg padat sekali.
Thank you for sharing :-)

About the unpleasant situations, you can just laugh at the behaviour of the lower lives. And maybe show a little symphathy too.
Now keep your head held high, mate.

Inah said...

en hafis : kesenangan tak kan datang bergolek..hidup penuh dengan cabaran ;)


jumper: just my thoughts :)..thanks mate!!

[danial][ma] said...

hej! Inah...now you know how hypocrite the so called western world that preach human rights, freedom of speech, democracy, religion tolerant, and bla, bla...oh, no! i can't hold myself anymore, the sun shine so bright outside, i need to go out soaking myself with the sun...aaarrrggghhhhhh...;-)

Inah said...

hehehe..yeah..perhaps not all of them..there are some of them that respect us and wanted to know more about islam ;)

anyway, i still have 2 years and 6 months to complete my study ;)

i'll get used to this kind of situation :)

azizi said...

well, it is not a big surprise.
knowing their root.
aussie is well known for their intolerance towards others.
but, not all. be the best muslim as it be.
..... it is not easy, but it is possible. ;-)

Inah said...

yeah..not all..people in my lab are very helpful and respect each other..so far

try be the best muslim..pray for me ;)