3 August 2009

Day 352 : Tag

Saya telah di tag oleh Puan B :P..Here it goes..


1. Bekas kekasih saya adalah:
seorang yang baik

2. Saya sedang mendengar:
bunyi kunyahan biskut kering kawan yang duduk di sebelah saya

3. Mungkin saya patut:
balik Malaysia

4. Saya suka:
jalan-jalan cari makan..melancong dan berada dalam kedai buku

5. Sahabat-sahabat baik saya:
adalah mereka yang sudi bersama saya di kala senang dan susah

6. Saya tak faham:
kenapa ada kalanya orang begitu pentingkan diri sendiri

7. Saya kehilangan:
sabar apabila orang bertanya soalan yang sungguh tidak relevan seperti bila anda hendak berumahtangga dan bila anda hendak habis belajar *dua soalan yang saya amat benci*

8. Ramai yang berkata:
saya suka menangis dan saya lemah

9. Makna nama saya:
orang yang sopan, tenang dan lemah lembut *macam jauh panggang dari api sahaja*

10. Cinta itu adalah:
sesuatu yang indah dan saya harap satu hari nanti saya akan memilikinya

11. Di suatu tempat, seseorang sedang:
membelah usus-usus tikus (beliau adalah teman makmal saya - Kak Da)

12. Saya akan cuba:
menyiapkan penulisan jurnal sebelum saya bercuti membawa diri


13. Ayat SELAMANYA membawa maksud
entah *fikiran lebih tertumpu pada sel, zink, kerosakan DNA, laporan kemajuan etc etc*

14. Telefon bimbit saya:
ada 2 - nokia dan sony erricson..saya amat menyayangi kedua-duanya :P

15. Bila saya terjaga dari tidur:
saya berharap saya akan bangun di sebelah orang yang menyayangi saya

16. Saya paling meluat apabila:
orang yang tidak kasihan pada orang tua dan orang cacat

17. Pesta/Parti adalah:
sesuatu yang diraikan bersama orang yang istimewa dalam hidup dan tidak perlu berbelanja besar..cukup untuk menikmati keindahan saat itu

18. Haiwan yang paling comel yang saya pernah temui ialah:
kanggaru di taman liar Cleland, Adelaide

19. Peringkat umur yang paling menyeronokkan bagi saya ialah:
mmmm..saya rasa selepas saya menamatkan pengajian..entah bila..mungkin bila saya berkeluarga

20. Hari ini:
mata saya sembap kerana saya menangis sebelum tidur dan ketika tidur dan bangun dari tidur

21. Malam ini saya akan:
menonton edisi terakhir siri Isteri Terdesak :P

22. Esok pula saya akan:
berada di makmal yang merupakan rumah kedua saya

23. Saya betul-betul inginkan:
sebuah keluarga bahagia

24. Ketika saya lihat wajah saya di hadapan cermin pagi ini:
saya dapat lihat mata saya yang merah dan sembap

25. Pusat membeli-belah atau arked permainan:
Pusat membeli belah

26. Makanan Barat atau Jepun:
Barat

27. Bilik yang terang atau gelap:
bergantung pada situasi :P

28. Makanan segera adalah:
Mee segera

29. Ayat terakhir yang anda katakan pada seseorang?
Ok lah

30. Siapa yang anda mahu tag?

Tiada siapa2 :P


**

Susah juga menggunakan Bahasa Melayu dalam keseluruhan entry..waduuhh

Cheer up Razinah!!

2 comments:

laki cikgu kimia said...

kalau aku jawapan no 18 adalah: perut saya

Inah said...

ceyy..x tepat ok jawapan tu :P