21 December 2008

Day 128 : Forgiveness



Christmas is coming to town and the tagline is spirit of giving.

Today just want to share with you what I think about giving forgiveness. It's hard for me to say I'm sorry is one of the best song in music industry, but today, lets relate it with Islamic perspectives.


Going to be in Malay (lebih penghayatan) :D. Diceritakan bahawa antara ahli syurga adalah golongan yang memberi kemaafan. Amalan yang biasa berbanding sahabat Rasulullah SAW yang lain cuma satu perkara yang membezakan beliau adalah dia sentiasa memberikan kemaafan kepada orang lain sebelum beliau tidur. Ayah pernah berpesan..walaupun kita membuat pelbagai perkara yang menyebabkan kemurkaan Allah, berdoalah dan sesungguhnya Allah Maha Pengampun. Namun, sebaliknya jika kita tersilap kata atau tersalah bicara sesama manusia..ada yang menyimpan dendam sehingga mati.
Siapa kita untuk tidak memaafkan kesalahan kawan-kawan, strangers atau sebagainya.

Teringat kisah ayah yang selalu kehilangan selipar di masjid..dia hanya berdiam diri dan hanya memafkan orang yang mengambil selipar beliau. 'Harapnya orang yang mencuri selipar akan rajin ke masjid untuk solat juga' kata ayah.

Bila ayah diburuk-burukkan, ayah hanya berkata 'biarlah..manusia memang begitu..'

Bila aku diejek sebagai kuali arang semasa kecil sebab kulit aku yang agak gelap..ayah hanya berkata 'pedulikan orang lain..Allah yang mencipta kita dan memanggil dengan gelaran sedemikian hanya seperti memburukkan ciptaan Allah'. Siapa kita?


Adakah kita termasuk dalam golongan yang suka memberi kemaafan? Siapakah yang benar-benar menikmati kemanisan kemaafan tersebut?


Mungkin nampaknya agak mudah "cuma berikan kemaafan kepada sesiapa saja yang pernah melukakan hati, menyakiti hati dan perasaan kita atau berlaku kasar kepada kita". Adakah ianya semudah itu? Pernahkah kita dicaci maki oleh seseorang dengan kata-kata yang terlalu kesat...kitapun begitu tersinggung, lalu keesokan harinya kita bertembung dengannya tanpa disengajakan dan kitapun mengukir senyuman yang ikhlas dari hati kita tanpa sedikitpun kepura-puraan? Tahniah kerana anda memiliki kekuatan jiwa dan seorang yang gagah atau perkasa jiwanya pada pandangan Allah SWT kerana Rasulullah SAW pernah menggambarkan orang yang gagah itu adalah orang yang boleh menahan kemarahannya ketika dia marah.

Jadi untuk memberi kemaafan sebenarnya memerlukan kekuatan; kekuatan iman dan kekuatan jiwa. Kekuatan iman kerana hanya apabila kita benar-benar yakin dengan apa yang akan Allah berikan baru kita sanggup lepaskan apa yang kita ada. Hanya apabila kita benar-benar yakin dengan janji-janji Allah, barulah kita memaaafkan orang lain. Kita perlukan kekuatan jiwa kerana hanya seseoarang yang kuat jiwanya serta berjiwa besar akan memandang yang kecil itu kecil dan menghargai sesuatu yang besar. Sememangnya memberi kemaafan mendapat kedudukan yang tinggi disisi Allah SWT dalam banyak ayat-ayat Al Quran dan hadith Rasulullah SAW.

Mungkin kita hanya nampak janji-janji Allah di Akhirat nanti, bagaimana pula semasa kita masih hidup, apa yang akan kita dapat dari kemaafan yang kita berikan itu? Sebenarnya hasil dari kajian pakar-pakar psikologi, sebahagian besar daripada masyarakat hari ini menghadapi tekanan jiwa yang begitu tinggi. Hinggakan daripada kajian tersebut mendapati ramai yang berumur antara awal 30an hingga penghujung 50an mengalami penyakit-penyakit yang berkaitan tekanan jiwa dan perasaan seperti tekanan darah tinggi, sakit jantung dan sebagainya. Seperti yang anda tahu, masalah darah tinggi dan jantung merupakan pembunuh utama masyarakat di era ini.

Mati itu pasti. Bila? Di mana? Bagaimana? Hanya Allah yang tahu. Ampun dari Tuhan..setiap kali solat..kemaafan sesama manusia? tepuk dada, tanya iman..

Hanya sekadar berkongsi tatapan di hari Ahad

Perhaps terpengaruh dengan entry di blog abang yang lebih mengajar readers untuk muhasabah diri..maybe i should start too.. :)


:)






7 comments:

Anonymous said...

The stupid neither forgive nor forget; the naïve forgive and forget; the wise forgive but do not forget - Thomas Szasz

Inah said...

:) i wonder which i group i belong to :)

definitely the wise one - forgive but do not forget :D

Shah CJ said...

pernah dgr org kata org melayu ni kuat dendam. sbb tu kalau sumpah hingga anak cicit keturunan kena sumpah. huhu

mudah sgt nk sakitkan hati org, tp susah pula nk mulakan kemaafan.

tq tazkirah yg sgt baik. :)

azizi said...

nice one Inah.
forgive and forget.
hard, but worth it. give a try.
it works!
insya' Allah.
;-)

Inah said...

hoho..sama kita muhasabah diri cikgu!! :)


azizi: penulisan blog bertukar cara :)..perhaps some of the readers can learn something from it :)

InsyaAllah..sama2 kita muhasabah diri :)

Jumper said...

Thanks for sharing.
Siapalah.... manusia yang umpamakan u dengan kuali?. Pity them for having such low mentality.

Inah said...

:)..hehehe..people always do!! perhaps they think they are way better than me :)