2 January 2009

Day 140 : Enam belas perkara

Salam untuk semua

Sekali lagi (rasa dah banyak kali :P) saya ditag oleh Sue.. hohoho..kali ni enam belas perkara rawak mengenai diri ini

Rasa macam dah jawab 7 perkara tentang diri ini dulu..maybe akan ada ulangan fakta yang kamu sudah tahu :P

Saya akan cuba untuk mencari enam belas perkara lain yea :)


Tajuknya 16 perkara rawak.

Syarat dan peraturan:

1. Apabila telah terpilih dengan malangnya, silalah menulis 16 perkara rawak sama ada tentang fakta, perangai tak senonoh, ataupun hala tuju hidup anda.

2. Silalah hasut 16 orang lain untuk melakukan perkara ini.

3. Sila tanda manusia yang telah menanda anda diperingkat awal.

4. Ketahuilah, jika anda terpilih ia adalah kerana anda juga manusia biasa yang perlukan perhatian dan kasih sayang yang secukupnya ketika bayi


Enam belas perkara rawak/menarik


1. Saya selalu mengalami accident dengan motorsikal..sebagai pembonceng (terjatuh semasa kawan cuba mencilok di Jalan Raja Muda Abdul Aziz), sebagai pejalan kaki (terjatuh sebab dilanggar motorsikal) dan sebagai pemandu kereta (penunggang motorsikal melanggar sidemirror dan bumper kereta kelisa comel ku)..ironinya..saya x de lesen motorsikal pun dan kesemua kemalangan berkenaan bukan disebabkan kecuaian saya :(


2. Saya suka membaca dan boleh menghabiskan duit saku untuk membeli buku dan bahan bacaan. Tidak hairan tempat kegemaran saya adalah Borders, MPH dan Kinokuniya :)


3. Saya mula masuk panggung wayang apabila melanjutkan pelajaran dalam peringkat Sarjana. Ingat lagi..movie pertama saya adalah The Pacifier lakonan Vin Diesel dan EL dan Kak Sarah adalah peneman ketika itu. Selepas wayang itu, saya rasa tidak ada salahnya menonton wayang dan kerap menonton wayang pula..kalah kawan yang mengajak saya tu :P


4. Saya tidak suka lagu yang saya tidak dapat hayati lirik lagu berkenaan..contoh lagu black metal, hard core dan hip hop..saya kurang gemar genre berkenaan..no offense kepada penggemar lagu berikut :)


5. Saya suka bercakap..tolong jangan beri mikrofon kepada saya..saya boleh bercakap di hadapan orang untuk 2 jam. Mula-mula rasa berdebar..bila dah pegang mikrofon..saya susah dipisahkan dengan mikrofon :)..akan tetapi, saya agak malu untuk berkaraoke. Suara saya tak sedap untuk mengalunkan lagu..buat malu je :)


6. Saya suka menulis dan bercerita..mungkin sebab itu saya suka mendengar dan membaca kisah orang lain..yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan :)


7. Saya hanya ada seorang idola sepanjang zaman - ayah saya!! he's the best Dad u'll ever wish for :)


8. Saya kurang rapat dengan ibu saya..serius!! mungkin sebab saya kurang bercerita dengan ibu saya..ibu saya sangat sensitif..tanyalah abang saya..dia akan bersetuju :)


9. Saya suka memasak tetapi di rumah selalu ibu yang memasak..so disini saya mengasah skill memasak..brownies dah menjadi signature dish saya :)


10. Saya suka laut!! sangat suka berada di tepi laut..saya ada impian untuk mempunyai sebuah beach house :)


11. Saya suka mop lantai..serius..x tau kenapa..ironinya saya x suka menyapu..biasanya di sini hosmet akan menyapu dan saya akan mop lantai sehingga 3 kali :)


12. Saya suka bertanya kenapa bagi setiap ayat yang dikatakan oleh seseorang..contoh yea..

A : Ko tak keluar ke hari ni Inah?

Me: Kenapa? (Instead of saying yes/no..saya akan menyebut kenapa)..I dunno why :P



13. Saya adalah seorang yang emosional dan senang menangis..hohohoh..tapi kat sini macam dah kurang sikit..tapi automatik saya akan menangis kalo mama saya menangis di telefon..aduhai mama :P

14. Saya tak suka bunga..pelik kan :)..no further elaboration on this


15. Saya suka cakap 'haruslah' sampai ada orang lain terikut2..hahahahaha :P


16. Last one, saya suka travel dan saya telah menetapkan untuk pergi travelling ke luar dari tempat saya sekali setahun..untuk 2009 dah ada..yeay!!!


Saya x mahu tag sesiapa :). Saya tahu semua mungkin busy dengan hal masing2 :)




Notakaki: Saya tak tahu kenapa..saya asyik senyum je sepanjang hari ni :D..mungkin sebab ada orang nak carikan saya jodoh *wink*



13 comments:

Ziana said...

carikkan utk me skali ek?
:P

a.b geldofg said...

sya suka betik...tk masukkan?

@xiM said...

arkkk ada orang nak carikan jodoh yek....hehe

patut la ceria jer..:)

Inah said...

heheheh ziana :P


ab : banyak sgt la pulek fakta karang :P

axim : heheeh :)

cepotet said...

carik jodoh? wuhuuuuuuuuuuuuuuu! ;)

update me tau. hiks.

Sa-Yu-Ri said...

hehehe...cepat cepat amik jodohtu kalau secucuk.....don dwell on the past :) the best is to move on & be happy beb :) I might drop by there but judgin by ur situation, I think you will be buzy....

see you when I see you ya :)

tkcr mate :)

Mrs.Sheikh said...

JODOH?? ermmm...haa..utk sy sekali ....boleh?
nak nunggu yg pinang lambat ler..

p/s: senyuman inah..senyumanmu sangat maniss.. :)

Inah said...

potet : haruslaa :)


nan : roger mate :)


husna: oh manisnya senyumanmu..waah..mekasih :D

Anonymous said...

jgn lupa anto kad jemputan tawww!!!

sepul said...

i love metal music!!... love the riffs.. hail....

auntie fawwaz said...

anies suka part mikrofon tu,...

hahahah..
tak dapat ayang kan..

HAPPY NEW YEAR inah...

kawaii_desu said...

happy new year dear :)

Inah said...

sue: calon pun x dak :P


sepul : we r so totally different :P


anies : happy new year to u too :)


farah : happy new year :)