9 January 2009

Day 146: Tazkirah - Teguran




Salam hari Jumaat untuk semua :)

Ingin berkongsi sesuatu dengan kalian berkenaan memberi teguran dan menerima teguran. Jelas, kedua-dua perkara ini adalah berbeza. Memberi teguran biasanya berkisarkan cara kita menegur seseorang itu sekiranya kita berasa tidak senang dengan perangai seseorang atau ada perkara yang perlu ditegur. Perlu diingat, teguran yang diberikan perlu diberikan secara berhemah.

Di dalam hal ini Allah berfirman di dalam Surah az-Zariyat yang bermaksud: "Dan tetap tekunlah engkau memberi peringatan kerana sesungguhnya peringatan itu mendatangkan faedah kepada orang yang beriman."

Contoh situasi :

Lelaki B adalah seorang gay dan jelas kita tidak berasa senang dengan perbuatan beliau dan kebetulan beliau adalah orang yang rapat bagi kita. Dalam Islam, kita tahu perkara berkenaan adalah dilaknat dan masih ingat kisah nabi Lut a.s? Sila rujuk kisah berkenaan yea. Kadang-kadang perlu juga kita membaca kisah-kisah Nabi kita sebagai rujukan :). Berbalik kepada masalah berkenaan, kita sebagai seorang Islam tambahan dalam situasi ini sebagai seorang kawan tidak boleh terus memberi teguran kasar.

Contoh :

'Hey..kau tau tak apa yang kau buat itu dilaknat dalam Islam?, kau tak tau dosa pahala ke? Kau tahu syurga neraka tak?

Mungkin lebih baik jika :

Kita menyelami dulu apa sebenarnya yang dialami beliau sehingga beliau berubah. Tiada faktor genetik yang boleh menyebabkan seseorang itu menjadi gay atau metroseksual. Lazimnya, mereka cenderung menjadi golongan sedemikian kerana masalah ketika zaman silam, kawan-kawan dan persekitaran. Teguran secara lembut dan berhemah lebih berkesan rasanya. Jangan membenci mereka kerana mereka juga manusia biasa, sebaliknya kita perlu memainkan peranan untuk membantu mereka, bukan untuk menyokong..untuk membantu menyedarkan mereka, berdakwah secara berhemah, jangan biarkan mereka hanyut dengan dunia mereka. Menjauhkan diri juga tidak dapat membantu menyelesaikan masalah :P. Try to face the problem with clear mind and jangan cepat melatah :)

****

Menerima teguran


Tiga tahun dahulu, saya sangat susah untuk menerima teguran. Jika ada yang menegur, saya akan cepat emosional dan akan terus menangis. Saya tidak dapat menerima kelemahan diri dan saya adalah seorang yang mementingkan kesempurnaan dalam setiap kerja saya. Ada sebab kenapa saya tidak boleh menerima teguran. Biasanya saya tidak dapat menerima teguran jika orang yang menegur itu tidak mengenali saya secara langsung. saya tidak kisah jika orang yang rapat dengan saya menegur saya. Sejak mula bekerja sebagai tutor dan pensyarah, saya mula sedar..saya juga manusia biasa. Manusia yang selalu melakukan kesilapan, selalu perlukan teguran untuk menjadi seorang yang lebih baik.

Sekarang ini, saya boleh menerima teguran dan akan berfikir selepas itu. Akan tetapi, teguran berkenaan fizikal saya - contoh = kau ni hitam la, kau ni tak reti nak lose weight ke.. masih tidak boleh diterima :P. Merapu dah cerita ni..better get back to work :P.

**

Moral of the story : Tegurlah secara berhemah dan cermin dulu diri sebelum menegur seseorang. Muhasabah diri selalu untuk menjadi seorang yang lebih baik :)



8 comments:

sepul said...

oiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii

Inah said...

apekah en sepul? anda x boleh menerima teguran agaknya :P

a.b geldofg said...

khbah yg myamankan di pagi jumaat....

Inah said...

x ramai yang menyukainya :)

Faisal Admar said...

inah, confirm homosexual (termasuk gay and lesbian) tiada kaitan dengan genetic? sebab i ada terbaca article regarding this. ramai scientist yang mengkaji tentang perkara ini dan mengesahkan ia adalah seperti penyakit yang lain juga atau erti kata lain kecacatan genetic. what say you?

saya pun susah nak menerima teguran. tapi jika seseorang itu ada point yang kukuh saya akan menerimanya. jika tiada fakta yang kukuh saya akan counter attack dengan fact, figures, history etc untuk menang. haha! keji kan saya? :P

MOLY said...

nak menegur seseorang itu mmg senang, tapi nak menerima teguran itu agak payah bagi setiap individu ..

tapi betol ...
sebelum nak menegur seseorang itu, lihat dan tgk pada diri kita ini .. sempurnakah ???

tepuk dada tanya la nak makan ape
:D

Ziana said...

betul..
kite kene kaji dulu org tuh b4 kite menegur...
sometimes jgn main sedap mulut jek nk tegur..

mcm nih laaa..
kite respect org.. org respect kite.. so menegur n di tegur laa cara baik.. demi kepentingan and menjaga air muka antara satu same lain... yg penting msg tuh sampai :)

x gitu cikgu inah?
:)

@xiM said...

me setuju jer ngan semua pengomen pengomen di atas..

sekian terima kasih..

:)