Masing2 di Adelaide ni sibuk mengatakan isu 30 dollar. Kami pelajar postgrad perlu membayar AUD 30 untuk majlis makan2 sempena raya esok. Bagi mereka yang lain, apalah sangat AUD 30 kan, bagi aku..boleh juga buat makan seminggu. Ramai bertelingkah, ramai juga membayar..bagi aku..takpelah tak makan pun, tak perlu ku keluarkan duit AUD 30.
Sekarang ni rupanya..duit itu perlu dikeluarkan juga untuk membiayai tabung persatuan. Persoalannya, aktiviti pun tak nampak (hanya melibatkan pelajar yang telah berkeluarga), pelajar single diabaikan, apa pula yang terjadi pada duit berkenaan? Sah atau tidak penubuhan persatuan? Mana perlembagaan persatuan? Kenapa tiba2 pula mahu mengutip AUD 30?
Haihh..bukan tak mampu, bukan juga mencari dalih..cuma mahukan penjelasan. Justifikasikan setiap persoalan yang timbul!!
Kan dah membebel kat sini. I believe ramai juga Adelaidean yang baca blog ni..mmmm..mahu blacklist? go ahead..mahu face to face? dipersilakan..
I'm not the type that will spend my money for something I dont like..and this include one of them!!.
**
Nota I - Kebajikan pelajar single tak pernah diambil tahu
Nota II - Mind your own business..maybe itu yang terbaik setakat ini
Nota III - Haihh..
8 comments:
Huih. Sedih juga dengar luahan rasa teman-teman bujang. Tak apa, nanti aku carikan calon :-
Anyway, boleh tak aku copy paste dan email kpd list mail. Biar ada perdebatan. Biar mereka berikan penjelasan.
OK?
Cahaya pun selalu protest benda tak relevant camni.
ermm itu lah hidup dgn persatuan ni. tak boleh buat keputusan sendiri pasal die melibatkan seluruh ahli2. kalau boleh buat aktiviti tak kire untuk berkeluarga@bujang. bab perlembagaan & kesahihan penubuhan amatlah penting. pernah dulu masa jadi bendahari opis lama ahli mempersoalkan pelaksanaan aktiviti. apa2 kite kena rujuk kepada perlembagaan yang menjadi kitab segala pengurusan kelab.
Fakir fikir : perkara ni x perlu dipanjangkan..if depa nak tanya pendapat kami, biar depa email terus pada kami..bukan susah pun nak cari email kami..
tadi pun aku g makan2 kat tempat azam jek..makan 30 dollar? err..x pelah..thanks but no thanks..hidup bermasyarakat?? cukuplah kalo aku susah, ade orang yang akan bantu..tu je :(
cahaya : benda2 ni ingat bila kat luar Malaysia dah x de..tetiba ade jugek..
tulah..bila depa buat keputusan sendiri..aku mcm ralat..dan tetiba mahu kutip 30 dollar seorang..cuba adakan information session..panggey elok2..cakap elok2..penjelasan itu penting..perlu duit untuk setiap mesyuarat katanya..x boleh kah semua yg datang buat potluck masing2..
haihh..semua bergeliga kat sini..but bila terlalu bergeliga pun..susah juga.
moral of the story..terangkan setiap tindakan yang diambil..penjelasan itu perlu..
ya PENJELASAN itu penting
belajar dari kesilapan lalu
*wink*wink*
aley : ye ye...banyak benda aku belajar..ntah..aku ni jenis kena buat silap dulu baru nak ingat and belajar :)
xpelah..it won't happen again
berlaku jugak di UK.
utk membiayai sesetgh keperluan.
biasalah, pelikkan?
terlalu jelik sesetgh tu.
Post a Comment